Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Ahad, 31 Januari 2016

Penyampaian Hadiah Hari Lahir Januari


Penyampaian disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran kepada guru-guru dan staf yang menyambut kelahiran pada Bulan Januari. Turut diraikan adalah Guru Besar sendiri dengan gimik yang memeranjatkan semua. Selamat hari lahir buat mereka.

| Gambar Penuh

Penyampaian Cenderamata Mantan KGS 2015


Penyampaian Cenderamata Mantan JK Kelab Guru Dan Staf 2015 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada 31 Januari 2016. Terima kasih kepada Encik Azmi (Pengerusi), Puan Nursaadah (Setiausaha), Puan Norbaizura (Bendahari), Encik Husin (AJK), Encik Kamarudin (AJK), Puan Rozi Azlina (AJK) dan Puan Siti Mariam (AJK).

| Gambar Penuh

Sabtu, 30 Januari 2016

Gotong-Royong Perdana 30 Januari 2016





SK Tengkawang sekali lagi bersama-sama dengan Komuniti Kampung Tengkawang bergading bahu menjalankan gotong-royong pada hari ini 30 Januari 2016 melibatkan kawasan sekolah, asrama dan rumah guru. Kerja-kerja yang dilakukan termasukkan pembasmian tempat-tempat pembiakan aedes, penebangan pokok, pemotongan rumput, pembersihan kawasan dan pembinaan pentas di bawah Makmal Komputer. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bersama-sama dalam program murni ni. 

Khamis, 28 Januari 2016

Mesyuarat Pemuafakatan IPG bersama Sekolah Rendah Berasrama Hulu Terengganu





Program bersama IPG Sultan Mizan Zainal Abidin Kali Ke-2
Tarikh : 28 Januari 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Asrama SK Cheting

Antara yang dibincangkan adalah program-program kolaborasi antara IPG dengan sekolah. Beberapa program telah dipersetujui untuk dijalankan iaitu :
1. Kem Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa Tahun 6
2. Bengkel iTHINK Murid Tahap 2
3. Kem Teknik Menjawab UPSR
4. Teknik Menjawab Soalan BI UPSR
5. Bengkel KBAT

Semoga kolaborasi ini akan menjadi pencetus ke arah kegemilangan SKT dan sekolah-sekolah berasrama Hulu Terengganu.

Pemantauan Pembestarian (Pusat Akses)





Pada 28 Januari 2016, SKT menerima kunjungan Pegawai Pemantauan Pembestarian (Pusat Akses) oleh BTPN Terengganu yang diketuai oleh Encik Yusma bin Yusoff, Penolong Pengarah bersama Encik El Gamillo bin Habibun Tan serta dibantu oleh Pegawai-Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Terima kasih atas kunjungan tuan.

Gotong-Royong Perdana Pencegahan Denggi





Pada 28 Januari 2016 - telah diadakan Gotong-Royong Perdana Pencegahan Denggi bertemakan "Perangi Denggi Gempur Aedes". Program dimulakan seawal 7.30 pagi melibatkan seluruh warga SK Tengkawang. Gotong-royong ini akan berlangsung selama 2 hari dan akan berakhir pada 30 Januari 2016 ini. Semoga SK Tengkawang terhindar daripada wabak denggi yang kian menular sekarang.

| Lagi Gambar

Rabu, 27 Januari 2016

Gotong-Royong Perdana Perangi Denggi Gempur Aedes


Perjumpaan Pegawai SISC+ Bersama Guru Matematik dan BM




Kehadiran Pegawai SISC+ PPD Hulu Terengganu ke SK Tengkawang pada 26 Januari 2016 membantu guru-guru Matematik dan Bahasa Melayu amatlah dihargai. Sesi perjumpaan dan taklimat turut diberikan oleh Encik Che Azmai bin Talib dan Encik Azmi bin Mohamad Diah. Terima kasih atas kehadiran tuan. 

Khamis, 21 Januari 2016

Kolaborasi Bersama








Prog. Kolaborasi HT6 2016.
Tarikh : 20/1/2016 Rabu
Masa  : 9.00 pagi
Lokasi: Pej.Pend.Daerah HT.
Sek.terlibat : SK Cheting, SK P.Setebu dan SK Tengkawang.

Tiga sekolah berasrama dijemput ke PPDHT bagi membincangkan kejayaan dan kegagalan program usahasama pada tahun 2015 dan mengenalpasti usahasama baru yg boleh dibuat antara IPG Sultan Mizan dan sekolah2 terlibat.
Keputusannya semua sekolah bersetuju mengadakan kolaborasi demi meningkatkan pencapaian sekolah tanpa mengganggu calon UPSR.
Mesyuarat kedua akan di adakan di SK Cheting pada 28 Jan nanti.
SK Tengkawang diwakili GB dan PKP.

Ahad, 17 Januari 2016

Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 Dan Program Penyayang 2016






Tarikh : 17 Januari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SKT
Majlis Penutup Program Transisi dan Sekolah Penyayang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Alip bin Awang @ Che Ghani Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Terengganu. Terima kasih.

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin


 Solat Hajat di Surau Asrama



Solat Hajat dan Bacaan Yaasin di Surau SKT

Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin telah dijalankan pada 16 Januari 2016 di Surau Asrama manakala pada 17 Januari 2016 di Surau SKT. Majlis solat hajat ini diadakan bagi memohon doa agar diberi kesembuhan kepada Adik Nurul Elis Farhana Afendi yang kini terlantar di HSNZ akibat komplikasi paru-paru dan buah pinggang dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Semoga usaha ini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t hendaknya. 

Ahad, 10 Januari 2016

Penyampaian Hadiah Melukis Poster



10 Januari 2016 : Sekalung tahniah kepada pemenang Pertandingan Melukis poster Anjuran PPD Hulu Terengganu iaitu Adik NUR AS-SUFIYA ILHAMY BINTI AHMAD SYAIFUDDIN yang merangkul Johan seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM150. Manakala Adik SITI NURBAEYAH BINTI PAHRURAZI mendapat tempat ke-3 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM75. Tahniah kepada Cikgu Rohani atas bimbingan mantap kepada murid berkenaan.

Akviti Perhimpunan 10 Januari 2016





10 Januari 2016 : Majlis Penyampaian Hadiah kepada guru pertama menggunakan Pusat Sumber Sekolah Sesi 2016 iaitu Puan Hasanah binti Mat Ali. Selain itu disampaikan majalah untuk setiap kelas sebagai gimik kempen "Satu Majalah Satu Kelas". Tahniah kepada GPM menyediakan anugerah ini.

Rabu, 6 Januari 2016

Kerja-Kerja Pemotongan Rumput Di Padang



    Pada 05 Januari 2016, Tuan Guru Besar terpaksa turun padang seawal 8.00 pagi dengan memantau sendiri proses memotong rumput yang dijalankan oleh Syarikat Pembersihan setelah diberi kata dua dan mengarahkan agar padang disiapkan pagi itu juga. Kerja-kerja dapat diselesaikan sepenuhnya pada jam 9.00 pagi dan boleh digunakan sepenuhnya untuk aktiviti jasmani.

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENYENGGARAAN ASET SEKOLAH







    Tarikh : 05 Januari 2016
    Masa : 9.30 am


    Lawatan Pemantauan Penyenggaraan Aset Sekolah oleh Tuan Jafri Jusoh - PPPD Pembangunan , Perolehan Dan Aset bersama dengan Encik Amir bin Hamzah bagi memastikan semua rekod dikemaskini sebaik mungkin. Terima kasih atas kunjungan tuan.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates