Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 29 Oktober 2015

Penyampaian Hadiah Program Gempur Aedes Basmi Denggi





Pada 29 Oktober 2015 telah diadakan Penyampaian Hadiah Program Gempur Aedes Basmi Denggi yang telah dijalankan pada 11 Oktober 2015 lalu. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM - Puan Sabariah binti Mohd Ali. Tahniah kepada semua pemenang.

| Gambar

Selasa, 27 Oktober 2015

Anugerah Kecemerlangan ExxonMobil 2015




Tahniah kepada Adik Mohd Aizat Saufi yang menerima Anugerah Kecemerlangan ExxonMobil pada hari ini bertempat di Taman Tamadun Islam. Majlis perasmian diwakili oleh YB Haji Mazlan bin Abd. Rahman, ADUN Kuala Terengganu.

| Gambar

Program Jati Diri Pelajar Tahun 6



Bertempat di SK Padang Setengge telah diadakan Program Jati Diri Pelajar Tahun 6. SK Tengkawang telah menghantar 3 orang pelajar ke program berkenaan.

Isnin, 26 Oktober 2015

Majlis Kalungan Budi dan Jamuan Akhir Tahun






Pada 26 Oktober 2015 telah berlangsungnya Majlis Kalungan Budi dan Jamuan Akhir Tahun 2015. Majlis diadakan di Lake Kenyir Resort bermula jam 2.30 petang. Guru yang diraikan adalah Puan Norjuma'awati binti Mohd yang kini bertugas di SK Tanggol manakala Puan Mazidah Muda juga bertugas di SK Tanggol. Selain daripada itu diadakan penyampaian cenderamata kepada guru yang menyambut kelahiran anak pertama di SKT. Terima kasih kepada semua pihak yang memeriahkan majlis anjuran Kelab Guru dan Staf ini.

| Gambar 

Ahad, 25 Oktober 2015

Lawatan Bermaklumat







Pada 20-22 Oktober 2015 telah diadakan Lawatan Bermaklumat ke Melaka, UPM Serdang, I-City Shah Alam, Putrajaya, KL dan KLIA2. Lawatan ini melibatkan 36 orang murid dan 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cikgu Nor Ezdiani binti Zainal Abidin selaku Pengerusi Lawatan Sekolah. Pengalaman berharga yang diperolehi oleh murid-murid adalah pulang dengan menaiki Kapal Terbang. Syabas dan tahniah atas penganjuran.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Program "Jiwa Murni" Masyarakat Kampung Tengkawang






Sekalung penghargaan dan terima kasih buat kesudian YAM Tengku Sri Temenggung Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud AL-Muktafi Billah Shah bersama-sama dengan Pasukan 512 Askar Wataniah untuk bersama-sama membina pentas utama dewan SK Tengkawang dan mengecat bangunan asrama SK Tengkawang. Program yang bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari ini memberi satu titik permulaan yang padu antara masyarakat Kampung Tengkawang khususnya J3K dan PESAWAT yang menjadi nadi utama dalam program ini. Kami warga SK Tengkawang merakamkan jutaan terima kasih atas kunjungan YAM Tengku.

Selasa, 13 Oktober 2015

Awal Muharram


"PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

BULAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Ahad, 11 Oktober 2015

Program Gerak Gempur Aedes Basmi Denggi





Pada 11 Oktober 2015 telah dilaksanakan Program Gerak Gempur Aedes Basmi Denggi peringkat SK Tengkawang. Aktiviti dimulai dengan perhimpunan pagi kemudian sejurus selepas itu diadakan gotong-royong basmi denggi sekitar sekolah. Pameran denggi turut diadakan disamping ceramah yang disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Selepas itu diadakan pertandingan mewarna bagi Murid Tahap 1 dan melukis poster Murid Tahap 2.

| Lagi Gambar

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Sukan Negara | SK Tengkawang


Bergambar bersama Teraju Utama PESAWAT

Serentak seluruh Negara diadakan Hari Sukan Negara pada 10.10.2015. SK Tengkawang tidak lepas peluang untuk mengadakan aktiviti sihat dimulai dengan senamrobik yang dikendalikan Cikgu Izuddin. Sejurus selepas itu adalah 'walkaton' 10,000 langkah berjalan kaki. Terima kasih kepada PESAWAT yang turut sama membantu dalam melancarkan perjalanan program ini. 

Selasa, 6 Oktober 2015

Majlis Pelancaran Kelab Hoki SK Tengkawang





Sempurnalah sudah Majlis Pelancaran Kelab Hoki SK Tengkawang pada 06 Oktober 2015 oleh Yang Berbahagia Encik Roslan bin Mamat @ Yusof - Unit Sukan JPNT, turut hadir sama Penyelia Kanan Sukan, Puan Chee Geok Song manakala daripada PPDHT dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Rahman Abu Bakar - Penolong PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusian. Terima kasih kepada pihak PESAWAT Kg. Tengkawang yang menyumbangkan jersi pasukan hoki dan telah dibuat penyerahan pada hari ini. Terima kasih juga kepada JKKK Kampung Tengkawang, Ulu Sat dan Kampung Kepah. 

Ahad, 4 Oktober 2015

Perkhemahan Badan Beruniform dan Sukan


Berakhirlah sudah Perkhemahan Badan Beruniform Dan Sukan SK Tengkawang. Program berlangsung pada 1-3 Oktober 2015 di Padang Sekolah. Penganjuran yang julung kali diadakan ini mendapat sokongan padu daripada PIBG, JKKK Kampung Tengkawang, JKKK Ulu Sat, PESAWAT di mana turut sama dalam aktiviti perkhemahan yang dijalankan. Acara sukan juga diadakan melibatkan acara padang dan balapan bagi Tahap 2. Manakala Tahap 1 terlibat acara sukan pada 3 Oktober 2015 sebelum majlis penutup disempurkan oleh Tuan Guru Besar sendiri. Terima kasih atas komitmen semua Jawatankuasa yang terlibat.

| Lagi Gambar 

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates