Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Ahad, 30 Ogos 2015

Program Ambang Merdeka 2015

Rakaman : Teacher Hasanah

30 Ogos 2015, berlangsungnya Program Ambang Merdeka. Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti sukaneka, BBQ, acara nyanyian, deklamasi sajak, tayangan video dan pertunjukan bunga api. Program ini melibatkan warga SK Tengkawang, PIBG dan ibu bapa.




Sambutan Ambang Merdeka & Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Kebangsaan Tengkawang




30 Ogos 2015, diadakan satu majlis bagi menyambut Ambang Merdeka dan Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah. Program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu SK Tengkawang. Setelah itu, Perutusan Merdeka dibacakan oleh Pn Noranis bt Hassan dan ucapan GPK Kokurikulum sempena Program Ambang Merdeka. Di akhir majlis ini, upacara penyampaian diadakan untuk guru,staf dan hadiah anak merdeka, nyanyian lagu Jalur Gemilang dan bacaan doa.

Taklimat Pekan Budaya

27 Ogos 2015, Guru Besar, En Suhaimi Bin Wahab telah menghadiri Taklimat Pekan Budaya yang telah diadakan di PPD Hulu Terengganu.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Solat Hajat dan Bacaan Yassin





SK Tengkawang meneruskan siri solat hajat dan bacaan yassin kali ke-5 di surau SK Tengkawang pada 27 Ogos 2015. Terlibat sama dalam majlis ini adalah AJK PIBG, PEWARIS dan ibu bapa murid Tahun 6. Solat hajat dan bacaan yassin ini akan diakan lagi pada 3 September 2015.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kem Semarak Kasih Siri 5


27-29 Ogos,berlangsungnya Kem Semarak Kasih Siri 5 di Sekolah Kebangsaan Tengkawang. Pelbagai acara diadakan seperti bengkel teknik menjawab soalan UPSR, gerak gempur menjawab soalan UPSR,riadah dan banyak lagi.





Khamis, 27 Ogos 2015

Pemantauan Linus 2.0 Bahasa Inggeris


27 Ogos 2015, SK Tengkawang menerima kunjungan En Rizahudin bin Mohd Sofee, Pegawai Fasilinus (Literasi BI) PPD Hulu Terengganu bagi pemantauan Linus Bahasa Inggeris.

Pemeriksaan & Laporan Kerosakan Bangunan


27 Ogos 2015, pemeriksaan dan laporan kerosakan bangunan dilakukan oleh Unit Pembangunan JPNT, En Kamaruddin Bin Arifin.

Cabutan Bertuah Anak Merdeka


27 Ogos 2015, diadakan cabutan bertuah anak merdeka di dataran perhimpunan SK Tengkawang.

Rabu, 26 Ogos 2015

Taklimat Program Ambang Merdeka 2015



26 Ogos 2015, taklimat program ambang merdeka 2015 diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang. Program Ambang Merdeka 2015 ini bakal diadakan pada 30 Ogos 2015 (Ahad). Taklimat ini dibuat untuk pembahagian tugas, perancangan aktiviti pada hari kejadian serta perkara-perkara lain yang berkaitan. 

Pemantauan Asrama


26 Ogos 2015, pemantauan asrama SK Tengkawang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai daripada PPD Hulu Terengganu.

Lawatan Hakim Kebersihan Peringkat Negeri Sempena Hari Guru 2015


26 Ogos 2015, pemantauan oleh hakim untuk pertandingan kebersihan peringkat negeri sempena hari guru 2015.

Selasa, 25 Ogos 2015

Program Bulan Kemerdekan - Pertandingan Permainan Tradisional




25 Ogos 2015, bagi memeriahkan lagi program bulan kemerdekaan pada tahun ini, diadakan satu pertandingan permainan tradisional di kalangan pelajar-pelajar SK Tengkawang. Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah galah panjang, baling selipar, baling tin dan congkak. Diharapkan permainan-permainan tradisional sebegini tidak akan luput ditelan zaman. Para pemenang akan diumumkan 15 September 2015 nanti.

Isnin, 24 Ogos 2015

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Ke 3 Sesi 2015/2016



24 Ogos 2015, mesyuarat jawatankuasa PIBG kali ke 3 sesi 2015/2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang.

Ahad, 23 Ogos 2015

Syabas dan Tahniah


Upacara Penyerahan Akuan Lulus Baik Pulih Rumah Pam

18 Ogos 2015, satu upacara penyerahan akuan lulus baik pulih rumah pam oleh Jabatan Kerja Raya dan kontraktor telah diadakan dengan disaksikan oleh Guru Besar SK Tengkawang.


Bengkel PBPPP

19 Ogos 2015, Bengkel Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kali Ke-2 telah berjaya dilaksanakan. Bengkel ini dikendalikan oleh Guru Besar dan GPK Pentadbiran.


Jumaat, 21 Ogos 2015

Kem Semarak Kasih Siri 4

20-22 Ogos 2015, berlangsungnya Kem Semarak Kasih Siri 4 di SK Tengkawang.














Solat Hajat

20 Ogos 2015, Solat Hajat telah diadakan di Surau SK Tengkawang yang disertai oleh warga SK Tengkawang dan ibu bapa bagi mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak didik SK Tengkawang.




Khamis, 20 Ogos 2015

Ops Gempur UPSR - Singgah Sayang JPNT


19 Ogos 2015, SK Tengkawang dilawati oleh pegawai-pegawai jpnt sempena Ops Gempur UPSR - Singgah Sayang JPNT. Satu taklimat khas diadakan kepada guru-guru tahun 6 di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang. Manakala di Dewan SK Tengkawang diadakan taklimat khas untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kunjungan ini di atas kesudian turun padang berkongsi pendapat dan melihat sendiri persediaan UPSR yang telah diusahakan oleh pihak sekolah. Semoga UPSR tahun ini akan membuahkan hasil yang diharapkan. 







Selasa, 18 Ogos 2015

Program Bulan Kemerdekaan 2015 - Pertandingan Melukis & Mewarna Poster Kemerdekaan



18 Ogos 2015, Program bulan kemerdekaan tahun ini diteruskan dengan Pertandingan melukis poster kemerdekaan. Diharapkan dengan adanya program ini, pelajar-pelajar dapat terus menghayati erti kemerdekaan dan menghargai nikmat hasil daripada kemerdekaan negara yang dikecapi hingga ke hari ini.




Program Power Bar 4E




17 Ogos 2015, telah berlangsung Program Power Bar 4E di bawah kendalian 3 orang pegawai dari PPD Hulu Terengganu iaitu:
  • En Hasnu Al-Hadi bin Ahmad - Pegawai Fasilinus (Numerasi)
  • En Mohd Alip bin Awang @ Che Ghani - Pegawai Fasilinus (Numerasi)
  • Cik Nor Al'Fatihah binti Mazlan - School Improvement Specialist Coaches (SISC+) MM
Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar tersebut kerana sudi mencurahkan ilmu kepada anak-anak murid di SK Tengkawang.





PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates