Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 30 Mac 2015

KEM MOTIVASI PELAJAR & IBU BAPA TAHUN 6

KEM MOTIVASI PELAJAR & IBU BAPA SEKOLAH BERASRAMA DAERAH HULU TERENGGANU 2015
ANJURAN BERSAMA IPG SULTAN MIZAN,PPD HULU TERENGGANU DAN JPNT

TARIKH :29 MAC 2015 - 31 MAC 2015
HARI : AHAD,ISNIN DAN SELASA
TEMPAT :DEWAN MAKAN ASRAMA SK TENGKAWANG



Sabtu, 28 Mac 2015

Latihan Kebakaran Asrama SK Tengkawang






Pada 24 Mac 2015, Asrama SK Tengkawang telah melaksanakan Latihan Kebakaran yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Hulu Terengganu. Latihan diadakan di perkarangan asrama pada jam 10.45 dan berakhir pada 12.00 tengah malam. Pendedahan diberikan kepada semua penghuni asrama bagaimana menggunakan alat pemadam kebakaran apabila berlakunya kebakaran. Tahniah..
| Gambar : GB

Selasa, 24 Mac 2015

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) VLE





Pada 23 Mac 2015 telah berlangsungnya Latihan Dalam Perkhidmatan Frog VLE SK Tengkawang di PKG Kuala Berang. Pendedahan diberikan oleh Puan Nur Aishah binti Hamdan daripada SK Tok Randok dan Encik Zulhazmi bin Che Seman daripada SK Peroh. Kursus ini memberi kefahaman dan pemantapan guru-guru dalam penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran nanti. Tahniah...

| Gambar : GB

Isnin, 23 Mac 2015

Pelancaran Kempen Gempur Aedes

Pelancaran disempurnakan oleh Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SKT


Taklimat 'Fire Drill' oleh Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SKT


Kempen Gempur Aedes dan Keselamatan telah dilancarkan pada 22 Mac 2015 oleh Guru Besar SK Tengkawang, Encik Suhaimi bin Wahab. Pada hari ini, 23 Mac 2015 telah diadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Gotong-Royong Cegah Aedes. Tahniah kepada semua warga SKT.

Sabtu, 14 Mac 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31




SABTU, 14 Mac 2015 - Berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 di SK Tengkawang. Perasmian disempurnakan oleh YB Dato Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong. Turut hadir sama Encik Jalaludin bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Terima kasih atas sumbang hamper untuk cabutan bertuah daripada YB Dato dan YB Dato' Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Syabas dan tahniah atas pengajuran.

| Lagi Gambar

Jumaat, 13 Mac 2015

Jasa Dikenang



KHAMIS - 12 Mac 2015, merupakan hari terakhir buat Puan Zaiton Yusof. Selama 9 tahun mencurah bakti di SK Tengkawang. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang telah diberikan amat berharga kepada warga SK Tengkawang dahulu dan kini. Selamat berhijrah buat Puan Zaiton ke SK Binjai Kertas.

Le Tour De Langkawi 2015




SK Tengkawang turut sama-sama menyambut ketibaan pasukan LTDL yang memasuki stage 4 bermula daripada Kota Bharu ke Kuala Berang pada hari Rabu 12 Mac 2015. 

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2016 dan 2017


Rabu, 11 Mac 2015

Selamat Bertugas di SK Tengkawang



Selamat datang dan selamat bertugas kepada Penyelia Asrama baru Cik Roszaini Bt Che Yunus  yang menggantikan En Afendi Bin Md Noor yang bertukar ke SMK Kuala Jenderis.

Selasa, 10 Mac 2015

Tahniah... Adik Aizat



Tahniah diucapkan kepada Adik Aizat yang telah meraih pingat emas dalam acara 80m Lari Berpagar dengan catatan masa 15.56s dalam Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD bertempat di SMK Jenagor. Tahniah atas sumbangan pingat emas.
| Gambar : Cikgu Faris

Isnin, 9 Mac 2015

Selamat Bertukar...


Selamat bertukar kepada Puan Zaiton binti Yusof ke SK Binjai Kertas dan Encik Afendi Md Nor (Penyelia Asrama) ke SMK Kuala Jenderis. Terima kasih atas sumbangan selama berkhidmat di SK Tengkawang.

Ahad, 8 Mac 2015

Selamat Bertukar Kepada Puan Rabiah, Mantan PK Pentadbiran





Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan Rabiah binti Abu Bakar yang secara rasminya telah menamatkan khidmat baktinya di SK Tengkawang pada hari ini. Beliau akan memulakan tugas baru di SK Teris. Majlis ringkas bagi memberi ruang dan peluang kepada Puan Rabiah untuk bertemu anak didik buat kali terakhir. Semoga puan akan sentiasa ceria di tempat yang baru dengan penuh iltizam yang sama untuk menaikkan nama Daerah Hulu Terengganu.

Selasa, 3 Mac 2015

Penarafan 5 Bintang iQPSS dan SSQS 2014


Sekalung tahniah kepada SK Tengkawang yang telah menerima Penarafan 5 Bintang dalam iQPSS dan SSQS 2014. Penyampaian sijil telah berlangsung pada 3 Mac 2014 sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Hulu Terengganu. Sijil telah disampaikan oleh Encik Hasmasuhaimi - Penolong PPD kepada Tuan Guru Besar, Encik Suhaimi bin Wahab. Majlis tersebut juga dihadiri Penolong Pengarah BTPN Terengganu iaitu Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Hassan. 

Isnin, 2 Mac 2015

Menyahut Cabaran 'Kekal Hebat 4T Hulu Terengganu 2015'


Countdown Peperiksaan UPSR 2015 telah diaktifkan di sekolah oleh Penolong Kanan 1, Puan Norjuma dan Penyelaras UPSR, Encik Hamdam bin Embong. Selaras dengan tagline terbaru PPD Hulu Terengganu, 'Kekal Hebat 4T Hulu Terengganu 2015' SK Tengkawang turut menyahut cabaran bagi merealisasikan hasrat PPD Hulu Terengganu. Semoga sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan gemilangnya.

Tahniah, Adik Solehah - Johan Bola Baling Negeri




Tahniah diucapkan kepada Adik Siti Solehah yang mewakili Daerah Hulu Terengganu dalam Kejohanan Bola Baling MSST yang telah berlangsung pada 26-28 Februari 2015 di SK Tok Randok. Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Terengganu P12 telah menjadi Johan mengalahkan Pasukan KTS. Tahniah...

Penyampaian Sijil NILAM, Perkhemahan, eKasih dan Bantuan Banjir





AHAD, 1 Mac 2015 - Perhimpunan minggu kali ini telah diadakan penyampaian sijil penyertaan NILAM Peringkat Daerah, Sijil Perkhemahan Unit Beruniform di SK Menerong, Bantuan eKasih berupa pakaian seragam unit beruniform serta Bantuan Banjir 2014. Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM. 

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates