Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 16 Februari 2015

Selamat Bertugas di SK Tengkawang

Selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Rozi Azlina Embong yang menggantikan Cikgu Raihan bt Azmi (Guru Pra-Sekolah) dan Ustazah Wan Nor Aqliah binti Tun Mohd Salim. (Guru ganti Ustazah Norhida cuti bersalin).

Ahad, 15 Februari 2015

Watikah Pelantikan Pengawas 2015







Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Februari 2015. Watikah pelantikan tahun ini bermakna dengan kehadiran pertama Tuan Guru Besar yang baharu iaitu Encik Suhaimi bin Wahab yang sebelum ini bertugas di SK Guntung, Setiu.  Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia ASP Mohammad Azmi bin Awang Lah, IPD Hulu Terengganu. Tahniah kepada semua penerima watikah.

| Lagi Gambar



Khamis, 12 Februari 2015

Selamat Datang


SELAMAT DATANG
kepada Encik Suhaimi bin Wahab yang akan menerajui
SK Tengkawang
sebagai Guru Besar yang baharu. 

Rabu, 11 Februari 2015

Program Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6


11 Februari 2015 - Berlangsungnya Program Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6. Program ini merupakan titik permulaan letak kerja bagi pelaksanaan program-program yang akan dijalankan sepanjang tempoh menjelangkan UPSR 2015. Program dimulakan dengan ucapan oleh Puan Rabiah dan Encik Amran selaku pentadbir di SK Tengkawang. Seterusnya majlis temu murni bersama guru mata pelajaran masing-masing. Solat hajat juga telah diadakan selepas zohor. Semoga program seumpama ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat murid-murid tahun 6 khususnya dalam menghadapi ujian nanti.

Ahad, 8 Februari 2015

Kursus LADAP PPPB

08 Februari 2015 - Telah diadakan Kursus LADAP di SK Tengkawang yang telah mengabung 5 buah sekolah. Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shaidi bin Ishak - Guru Besar SK Seri Buloh. Penekanan diberikan kepada profesionalisme guru dan penyediaan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan kepada semua guru.

Tautan Kasih Buat Puan Zaliha...


Hari ini merupakan hari terakhir tugasan Puan Zaliha binti Mustafa di SK Tengkawang. Beliau diamanahkan untuk memikul tugas di SK Teris. Warga SK Tengkawang telah berhimpun bagi mengucapkan salam perpisahan kepada mantan Guru Besar yang akan memulakan tugas secara rasminya di SK Teris pada Isnin 9 Februari. Semoga apa yang telah ditinggalkan kepada kami akan menjadi bekalan untuk terus kekal dalam arena pendidikan. Kehilangan tetap dirasakan walaupun perginya tanpa rela. Selamat bertugas kepada Puan Zaliha di tempat yang baru.

Selasa, 3 Februari 2015

Sumbangan Jersi Daripada Bank Rakyat



Sekalung penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang yang telah memberikan sumbangan jersi kepada SK Tengkawang pada hari ini 3 Februari 2015. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd Zailaini bin Mohamed Nor kepada Guru Besar, Puan Zaliha binti Mustafa.

Foto : Encik Azam bin Zaf

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates